? ??????????????Written In The Wind? ????? ?? ???Rating: 5.0 (1 Rating)??12 Grabs Today. 267 Total Grabs.
??????Preview?? | ??Get the Code?? ?? ???????????????????????????????Green Flowers? ????? ?? ???Rating: 4.3 (63 Ratings)??12 Grabs Today. 7442 Total Grabs. ??????Preview?? | ??Get th BLOGGER TEMPLATES AND TWITTER BACKGROUNDS ?

SeLaMaT DaTaNg

Saturday, June 16, 2012

arissa 2 thn

arini genap 2 thn umur arissa.ok dpt pn pic si kecik ni

Sunday, April 15, 2012

dh Besar Ank Ummi

Arissa dh pn sthn 10bln.alhamdulilah mse dia umur sthn 8bln dgn sndrinya dia x nak ss badan,dan apa yg menggembirakan aku lg dia x nk mnum susu dlm botol tp nk dalam cwn,lg senang and save bajet,skrg pn dh pandai becakap dan x terlayan critanya.apa yg dia takut skali adalah lipas.dlu brani tp slps dia terkejut bila pegang lipas yg masih hidup yg dia igt dh mti eeesejak tu la bla sebut je psal lipas cpt2 dia lari.

Monday, April 2, 2012

Dh 5 thn rupanya asyraf

Arini asyraf genap 5 thn.tp tadika belum lg dlm proses memujuk.alhamdulilah 2-y ari ni ada sebut pasal nk sek.ari bru pegi daftar asyraf utk darjah 1 thn 2014 ni.alhamdulilah pendaftaran masih lg dibuka w/pn aku hampir terlupa nk daftarkn sek dia.

Monday, February 6, 2012

biodata nabi muhammad SAW

Biodata Nabi Muhammad S.A.W :

Nama penuh: Muhammad bin ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama bapa: ‘Abdullah bin ‘Abdul Muttalib bin Hashim
Nama ibu: Aminah binti Wahab bin ‘Abdul Manaf
Nama datuk: Syaibah bin Hâsyim dikenal dengan nama ‘Abdul Muttalib

Bapa-bapa saudara:
• Al-Harith bin Abdul Muthalib
• Muqawwam bin Abdul Muthalib
• Zubair bin Abdul Muthalib
• Hamzah bin Abdul Muthalib
• Al-Abbas bin Abdul Muthalib
• Abu Thalib bin Abdul Muthalib
• Abu Lahab bin Abdul Muthalib
• Abdul Kaabah bin Abdul Muthalib
• Hijl bin Abdul Muthalib
• Dzirar bin Abdul Muthalib
• Ghaidaq bin Abdul Muthalib

Nama Ibu susuan Rasulullah:
- Ibu susuan pertama Thuwaibah (hamba perempuan Abu Lahab)
- Ibu susuan kedua Halimah binti Abu Zuaib As-Sa‘diah (lebih dikenali Halimah As-Sa‘diah. Suaminya bernama Abu Kabsyah)

Nama isteri pertama dan usia baginda berkahwin:
Khadijah binti Khuwailid Al-Asadiyah pada 25 tahun

Nama isteri-isteri Rasulullah:
1. Khadijah bt. Khuwailid al-Asadiyah r.a
2. Saudah bt. Zam’ah al-Amiriyah al Quraisiyah r.a
3. Aisyah bt Abi Bakr r.a (anak Saidina Abu Bakar)
4. Hafsah bt. Umar bin al-Khattab r.a (anak Saidina ‘Umar bin Al-Khattab
5. Ummu Salamah Hindun bt. Abi Umaiyah r.a (digelar Ummi Salamah)
6. Ummu Habibah Ramlah bt. Abi sufian r.a
7. Juwairiyah ( Barrah ) bt. Harith
8. Safiyah bt. Huyay
9. Zainab bt. Jansyin
10. Asma’ bt. al-Nu’man al-Kindiyah
11. Umrah bt. Yazid al-Kilabiyah
12. Zainab bin Khuzaimah (digelar ‘Ummu Al-Masakin’; Ibu Orang Miskin)

Nama anak-anak Rasulullah:
1. Qasim
2. Abdullah
3. Ibrahim
4. Zainab
5. Ruqaiyah
6. Ummi Kalthum
7. Fatimah Al-Zahra’
8. Halah bin Hind bin Habbasy bin Zurarah al-Tamimi (anak kepada Saidatina Khadijah bersama Hind bin Habbasy. Ketika berkahwin dengan Rasulullah, Khadijah adalah seorang janda).[anak tiri Rasulullah]

Pengalaman bekerja Rasulullah:

* Semenjak kecil lagi, baginda telah menternak kambing dan berniaga membantu bapa saudaranya.
* Abu Talib telah membawa baginda ke Syam (Syria) bagi membantunya berniaga.
* Apabila baginda telah agak dewasa, baginda telah mula menjalankan perdagangan baginda sendiri secara kecil-kecilan dan menjalankan perniagaan dengan menggunakan modal orang lain kerana baginda sedar bapa saudaranya bukanlah terdiri daripada orang yang berada dan beliau terpaksa menyara sebuah keluarga yang besar.
* Ketika baginda berusia dua puluh lima tahun, baginda telah pergi ke Syam untuk kali kedua bagi menjalankan perniagaan Sayidatina Khadijah. Bukti Rasulullah adalah seorang ketua keluarga yang patut dicontohi: Rasulullah merupakan seorang yang pengasih.
* Sebagai seorang suami, baginda sering membantu isteri menjalankan urusan rumah seperti memasak, menampal pakaian yang koyak, memmbersih rumah dan menjaga anak.
* Sebagai seorang bapa, baginda memberi pendidikan agama yang secukupnya dan menjadi seorang contoh yang baik kepada anak-anak.

Gelaran Al-Amin: Baginda merupakan seorang yang jujur, amanah dan budi pekerti. Perkataan dan perbuatan baginda sentiasa dipercayai sehingga baginda diberi gelaran al-Amin oleh masyarakat Arab Quraisy.

Sifat-sifat terpuji Rasulullah:
- Berkata benar (siddiq)
- Boleh dipercayai (amanah)
- Penyampai ajaran Islam (tabliq)
- Bijaksana (fatanah)

kepimpinan Rasulullah disebalik peristiwa banjir di kota Mekah ketika Rasulullah berusia 35thn: Kota Mekah telah dilanda banjir kilat yang menyebabkan dinding kaabah pecah dan runtuh. Kaum Quraisy telah membina semula bahagian yang runtuh. Kemudian timbul perbalahan antara ketua kaum Quraisy yang berebut untuk mengangkat dan meletakkan Hajar Aswad di penjuru sebelah timur bangunan kaabah. Perbalahan ini hampir menimbulkan peperangan. Rasulullah telah menjadi hakim bagi menentukan kedudukan Hajar Aswad dan secara tidak langsung Rasulullah telah meleraikan perbalahan antara ketua kaum Quraisy.

Peristiwa Rasulullah menerima wahyu:
- Wahyu pertama diterima Rasulullah pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Ketika itu Rasulullah berusia 40 tahun.
- Wahyu tersebut diterima baginda di Gua Hirak al-Jabar Nur.
- Surah al-Alaq, wahyu pertama yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- Wahyu kedua, surah al-Muddasir (ayat 1-7) diturunkan di Bukit Nur berhampiran Makkah.
- Wahyu kedua ini menandakan pelantikan baginda sebagai Rasulullah atau pesuruh Allah.

Tokoh-tokoh awal memeluk Islam:
• Zaid bin Harithah (anak angkat nabi)
• Ali bin Abu Talib (sepupu nabi berusia 10 tahun)
• Khadijah binti Khuwailid (isteri nabi dan orang pertama memeluk Islam)
• Abu Bakar al-Siddiq (sahabat karib)

wahyu pertama yg diterima oleh Rasulullah, masanya dan usia Rasulullah:
- Wahyu pertama iaitu dari surah al-Alaq yang berbunyi “Bacalah dengan menyebut nama Tuhanmu yang menciptakan manusia dari segumpal darah. Bacalah, dengan nama Tuhanmu yang Amat Pemurah, yang mengajar manusia dengan perantaraan (menulis, membaca). Dia mengajarkan kepada manusia apa yang tidak diketahuinya. ”
- pada hari isnin, 17 ramadan (6 ogos 610 M)
- Berusia 40 tahun.

Keadaan Rasulullah ketika menerima wahyu:
Pada suatu ketika sedang dia bertafakkur itu datanglah malaikat kepadanya, lalu berkata: “Bacalah!” (Iqra’). Lalu Rasulullah menjawab; “Saya tidak pandai membaca.” Lalu kata beliau: “Maka diambilnya aku dan dipagutnya sampai habis tenagaku. Kemudian dilepaskan¬nya aku dan dia berkata pula: “Bacalah!” Tetapi aku jawab: “Aku tidak pandai membaca!” Lalu dipagutnya pula aku sampai habis pula tenagaku.

Kemudian ditegakkannya aku baik-baik dan dikatakannya pula: “Bacalah!”, yang ketiga kali, lalu berkatalah malaikat itu: “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang telah menjadikan,” sampai kepada ujung “Yang telah mengajarkan kepada manusia apa yang dia tidak tahu.” Setelah sampai pada ujung ayat tersebut malaikat itu pun ghaiblah dan tinggallah beliau seorang diri dalam rasa kengerian.

Lalu beliau segera pulang kepada isterinya Khadijah. Lalu beliau berkata: “Selimutilah aku, selimutilah aku.” (Zammiluuni, zammiluuni). Maka segeralah orang-orang dalam rumah menyelimuti beliau, sampai rasa dingin itu hilang. Lalu berkatalah beliau kepada Khadijah: “Hai Khadijah, apakah yang telah terjadi atas diriku ini?” Lalu beliau ceriterakan segala yang telah beliau alami itu, akhirnya beliau berkata: “Aku ngeri atas diriku.”

Tuesday, June 28, 2011

Arissa 1 thn


Arisa smkin membesar
dan yg bestnya bila kita ckp ngan dia,
ada respon positif drnya,
pandai tunjuk anggota badan,
ckp nk,alah(Allah),haikkkk(tnda dia marah @x suka)panggil abah,x mau,
bjln masih lg jatuh2.

Monday, June 27, 2011

kek pisang


kek ni mmgu ni aku buat.
ni first time kek pisang aku buat khas untuk hubby aku huhuhu
alhamdulilah jd

bhn2nya
2cwn tpg gandum
1st soda bikarbonat
1 cwn gula
1 cwn pisang yg tlh dilenyek
1/2 cwn myk msk
1st esen vanila
3bji telur

cra2nya
pkl telur ngan gula sampai kembang,
boh pisang,boh esen,tpg,myk
bakar 180 slma 40mnt.siap.....

SUMBER ASAL
http://www.jintanmanis.com/kek/207-kekpisanggebu

Sunday, June 26, 2011

kek mubble chocolate cheese


kek ni buat mggu lps alhamdulilah jd
bahan2nya
bahan A
8 sb mentega
17 sb gula kastor
3bji telor
2sb serbuk koko
1 cwn 2sb tpg naik sdiri
1st baking powder

Adunan cheese-Bhn B
250g cream cheese(lebih cheese lg sedap 300-400g ke)
6sb gula kastor
1bji telur
1st esen vanila

cra2nya
pkl butter & gula.....kembang
boh tpg,serbuk koko ngan baking powder yg tlh di ayak
dlm bks lain adun semua bhn B sampai kembang.kemudian selang seli ngan bhn A,bakar 160 slma 60mnt api ats and bwah.
siap.....

SUMBER ASAL http://www.myresipi.com/top/detail/1325

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

kediaman

Daisypath - Personal pictureDaisypath Vacation tickers

my anniversary 3/6/2005

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

nur ain najwa faisal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fifth Birthday tickers

muhamad asyraf faisal

Lilypie - Personal pictureLilypie Fourth Birthday tickers

nur arissa fatnin faisal

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers